Penjelasan Pengerusi Dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan Ahli Parlimen. Bagi Ahli Parlimen Barisan Nasional, penjelasan tersebut membuktikan semua pihak tidak perlu sangsi dengan urus tadbir syarikat itu. Bagi blok pembangkang pula, penjelasan tersebut menunjukkan 1MDB tidak perlu takut dan tunggu siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC mengenainya selesai.