IS: Elak terlibat kegiatan berbahaya

  • 7 years ago
Ibu bapa dinasihati agar sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak bagi mengelak mereka terjebak dengan aktiviti kumpulan berbahaya seperti kumpulan militan IS dan golongan pemisah Sabah Sarawak keluar Malaysia. Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri sudah ada golongan muda di negara ini terpengaruh dengan kegiatan kumpulan berkenaan dan kini berdepan dengan tindakan undang-undang.