Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk

  • 6 years ago
Keadaan banjir di dua negeri di pantai timur semakin buruk apabila hampir lima ribu mangsa kini dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.Di Terengganu dua daerah iaitu Hulu Terengganu dan Besut menjadi kawasan baru dinaiki air.Penduduk dari lima daerah yang dipindahkan menjadikan jumlah mangsa meningkat kepada 1834 dan ditempatkan di 39 pusat pemindahan membabitkan 490 keluarga .