Lebih 300 peserta menyertai acara kayuhan basikal 'The Ride of Honour' di Subang Jaya pada pagi Ahad. Acara bertujuan mengumpul dana untuk keluarga Shamsul Aizat Mohd Basar yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) 24 Disember tahun lalu ketika sedang berbasikal.