5,328 calon IPTA ditempatkan di IPTA menerusi e-rayuan

  • 7 years ago
Sejumlah 5,328 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi yang mengemukakan permohonan e-rayuan ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menurut Kenyataan Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan pada Isnin, jumlah tersebut merangkumi 2,119 daripada aliran sains dan ,209 daripada aliran sastera.