PM: Usah buat spekulasi mengenai 1MDB

  • 7 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau kesimpulan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa bersandarkan maklumat yang akan diumumkan Ketua Audit Negara, tidak lama lagi.

Dalam catatan terbarunya di blog najibrazak.com bagi menjawab tuduhan mengenai 1MDB, Najib berkata, laporan itu akan memperincikan butiran kewangan syarikat pelaburan berkenaan.