Penyelesaian jalur lebar, internet kelajuan tinggi

  • 7 years ago
Kepentingan internet berkelajuan tinggi bukan hanya membawa manfaat kepada pengguna umum, malah amat penting terutamanya dalam urusan perniagaan harian. Tidak terkecuali kegunaan ketika persidangan berskala besar dan situasi tertentu yang memerlukan permintaan menggunakannya menerusi jalur lebar. Salah satu pembekal dalam industri ini ialah Mykris Limited, syarikat tempatan yang menawarkan perkhidmatan "bandwidth on demand", tier 1 Internet Content & Services Provider (ICSP) yang khusus menawarkan pengurusan perkhidmatan internet, internet berkelajuan tinggi dan penyelesaian e-dagang di Malaysia. Bagi membicarakan keunikan dan kelainan perniagaan ini bersama kita di studio ialah Pengerusi Eksekutif Mykris Limited, Mr. Chew Choo Soon.