1MDB: PAC akan keluarkan laporan interim kepada umum

  • 6 years ago
Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menegaskan syarikat tersebut tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Menurut Arul dalam kenyataannya, 1MDB menyambut baik kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyatakan tiada dana disalurkan 1mdb kepada Perdana Menteri. Sementara itu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC mungkin mengeluarkan laporan interim mengenai perkembangan semasa siasatan 1MDB kepada umum. Naib Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw memaklumkan, laporan ringkas itu akan didedahkan bagi memaklumkan kepada orang ramai tahap siasatan PAC, susulan penangguhan prosiding sehingga Oktober ini.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya

Visit http://www.astroawani.com for more news

Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani