Taylor Swift ajak rakan artis ‘belasah’ Katy Perry

  • 7 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Antara topik yang hangat dibincangkan dalam kalangan penggemar muzik antarabangsa buat masa ini adalah kemunculan video klip terbaru bintang muda, Taylor Swift. Klip video single terbaru Taylor berjudul Bad Blood itu amat dinanti-nantikan ramai kerana ia membabitkan begitu ramai bintang terkenal, antaranya Ellie Goulding, Lena Dunham, Karlie Kloss dan Jessica Alba.