UNGA meratifikasikan matlamat pembangunan lestari

  • 6 years ago
Perhimpunan agung ke 70 Pertubuhan Bangsa Bangsa, Bersatu PBB, pada Jumaat meratifikasikan matlamat pembangunan lestari atau SDG.

17 matlamat diterima oleh 193 negara anggota sebagai pelan pembangunan agenda 2030, iaitu usaha kerjasama sedunia untuk membangunkan masyarakat sejagat secara lestari dalam tempoh lima belas tahun.

Pembasmian kemiskinan dan kelaparan, pengagihan ekuti kemakmuran lebih seimbang dan menangani perubahan iklim antara fokus agenda yang menjadi pewaris kepada matlamat pembangunan milenia, MDG, sebelum ini.

Sidang kemuncak tiga hari SDG berlangsung di sisi perhimpunan agung sejak Jumaat dan turut membabitkan pandangan proaktif Malaysia.

Laporannya bersama Editor Eksekutif Astro Awani Kamarul Bahrin Haron dari ibu pejabat PBB di New York.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya

Visit http://www.astroawani.com for more news

Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani