Banjir di Terengganu menunjukkan sedikit pemulihan sehingga petang Jumaat dengan tiada hujan direkodkan di stesen data cerapan seluruh negeri itu. Menurut Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat ini mangsa yang dipindahkan turun kepada 4,607 di 21 pusat pemindahan sementara di lima daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Besut dan Dungun.
Category
đź—ž
News