"Tangkap orang yang langgar ayah saya", luah Nur Firuza Amira

  • 7 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

"Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Permintaan itu disampaikan adik Nur Firuza Amira ketika Zahid menziarahi keluarga keluarga Fairuz Nizam Husain, mangsa nahas kemalangan melibatkan dua buah MyVI dan sebuah Pajero awal pagi Sabtu lepas.