Keadaan emosi keluarga penumpang mulai stabil

  • 6 years ago
Keadaan emosi sebahagian daripada lebih 130 keluarga penumpang dan anak kapal MH370 mula stabil selepas hampir seminggu kehilangan pesawat itu.

Timbalan Pengarah Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Dr Abdul Jalil Hassan berkata, ia hasil rawatan dan kaunseling berterusan yang diberikan pihak kaunselor kepada mereka.