Mangsa lemas Sungai Batu Belah ditemui

  • 7 years ago
Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Batu Belah, Hulu Terengganu, berjaya ditemui selepas operasi mencari selama tiga hari. Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Mohd Hasbullah Halipah berkata mayat Wan Aziman Wan Ali, 48, tahun berasal dari Kampung Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu, ditemui penduduk kira-kira jam 11.10 pagi tadi.