108 ditahan susulan laporan kecurian, maklumat palsu

  • 6 years ago
Polis Kelantan menahan 108 individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes kecurian dan penyebaran maklumat palsu di laman sosial sejak banjir melanda kelantan 17 Disember. Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam tempoh berkenaan, sebanyak 37 laporan diterima membabitkan kes kecurian di premis perniagaan manakala dua kes melibatkan penyebaran maklumat palsu tentang banjir di laman sosial.