Pengetua berkuasa tutup sekolah jika IPU lebih 200

  • 7 years ago
Kementerian Pendidikan telah mengaktifkan arahan tetap bagi sekolah-sekolah untuk mengambil langkah sewajarnya sekiranya jerebu bertambah buruk.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk memberi kuasa kepada pengetua untuk menutup sekolah jika bacaan indeks pencemaran udara, IPU mencatat melebihi 200.