Warga K-Pop membanjiri Lembah Klang

  • 7 years ago
Mula-mula di Ampang, kini di desa Sri Hartamas. Siapa sangka sosio-budaya Korea yang terkenal dengan Gangnam Style dan k-Pop secara perlahan semakin berkembang di Lembah Kelang. Tidak keterlaluan jika dikatakan kawasan sekitar Hartamas akan menjadi satu lagi 'Little Korea' di Lembah Klang. Tinjauan oleh wartawan Nabiha Hamid mendapati, bukan sahaja bilangan restoran Korea semakin bercambah, malah rakyat negara itu turut memulakan perniagaan lain seperti pasar mini menjual pelbagai barangan Korea.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya