Belum sedia dedah hasil siasatan

  • 7 years ago
Siasatan terhadap simulator penerbangan yang diambil dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah masih dijalankan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun berkata siasatan masih ditumpukan terhadap 4 perkara iaitu kemungkinan rampasan, sabotaj, keadaan psikologi penumpang serta krew dan masalah peribadi di kalangan penumpang dan krew MH370.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu tidak dapat didedahkan, kerana khuatir boleh menjejaskan siasatan.

Recommended