Bajet dijangka sasar pertumbuhan seimbang

  • 6 years ago
Kadar peratusan cukai yang dikenakan menerusi Sistem Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) mungkin lebih rendah daripada 16 cukai dikenakan dalam sistem cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak melihat kemungkinan kadar GST itu menjangkau belasan peratus. Beliau turut yakin sistem cukai baru menggantikan cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus tidak akan membebankan rakyat.