Aeril dan Wawa sorok kahwin kerana kontrak

  • 7 years ago
Selepas bersama hampir dua tahun, Aeril Zafril dan Wawa Zainal akhirnya mengaku berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

Mereka memberi alasan terpaksa berahsia kerana status kontrak dengan MIG.

Aeril menghormati keputusan Wawa yang mahu merahsiakan pernikahan mereka kerana mendakwa kontrak pengurusan MIG tidak membenarkan artisnya bercinta.

Pernikahan Aeril dan Wawa didedahkan akhbar berita minggu buat pertama kali pada Ahad minggu lepas memaksa mereka tampil membuat pengakuan.