Luis Suarez dilantik duta pelancongan Malaysia

  • 7 years ago
Penyerang sensasi Barcelona, Lusi Suarez dilantik duta pelancongan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama selama setahun.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam kenyataannya berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Suarez yang sudah membuktikan keupayaannya bukan hanya menjadi antara bintang ternama bola sepak dunia, malah dihormati dalam kalangan pemimpin komuniti".

Kerjasama Tourism bersama Suarez meliputi rancangan pemasaran dan promosi Tourism Malaysia untuk meningkatkan usaha menarik pelancong asing bagi menjadikan Malaysia destinasi pelancongan dari pasaran antarabangsa.

Tambah Nazri, "Suarez adalah satu inspirasi dan kami mengharapkan kerjasama ini akan menyerlahkan lagi sinar Malaysia sebagai destinasi percutian tropika bagi golongan millenial yang gemar melancong dan sukakan cabaran".