Bergesel hingga jatuh, pemandu kereta selamba pergi

  • 7 years ago
Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tiba-tiba mengubah laluan dan bergesel menyebabkannya terjatuh di Lebuhraya SPRINT, pada Sabtu lalu.

Dalam rakaman 'dash cam' dari sebuah kenderaan lain yang melalui lebuh raya berkenaan pada 1.16 petang, penunggang motosikal terbabit yang berusia 24 tahun jatuh dan cedera di tapak tangan kanan serta siku kiri.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, polis sedang mengesan pemandu SUV terbabit berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

Video yang menjadi tular itu memaparkan pemandu SUV terbabit tidak berhenti sebaliknya berlalu pegri meninggalkan lokasi kemalangan.

Ini berikutan mangsa telahpun tampil membuat laporan polis.

Hasil semakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.