Laungan azan 'istimewa'

  • 7 years ago
Seorang lelaki melaungkan azan sebaik sahaja kawasan Masjid Al-Aqsa dibuka semula pada 16 Julai lalu.

Lelaki berjubah putih itu berdiri di atas sebuah pondok kecil menghadap Masjid dan melaungkan azan dengan penuh bertenaga sambil di perhatikan orang awam.

Video lelaki melaungkan azan itu tular di laman sosial dan netizen mengangap ini adalah laungan azan 'istimewa'
Tindakan lelaki itu mendapat pujian netizen yang berdoa akan keselamatan para penduduk sekitar Masjid Al-Aqsa.

Pada 14 Julai Israel mengumumkan penutupan Masjid Al-Aqsa dari segala aktiviti buat rakyat Palestin.

Ini membangkitkan lagi ketegangan hubungan Israel-Palestin, namun selepas dua hari Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan berkata kawasan itu dapat diakses “secara berperingkat-peringkat” oleh para jemaah dan pengunjung.

Penutupan ini merupakan kali pertama dalam tempoh 5 dekad yang lalu.

Recommended