Satu lagi insentif Selangor nak cadang hujung 2017

  • 7 years ago
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri bercadang untuk memberikan satu lagi insentif kewangan kepada penjawat awam pada penghujung tahun ini.

Namun, kata Azmin, ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan anggota perkhidmatan awam negeri.

"(Jumlah) insentif itu akan kita umumkan kelak dan ia bergantung kepada prestasi jabatan dan anggota. Sekiranya mereka berkhidmat dengan lebih cemerlang, sudah tentu mereka mendapat ganjaran lebih besar," katanya.

Azmin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak hari ini.

http://www.kinitv.com/video/49276O74 - Azmin umum bonus raya dua bulan gaji

Terdahulu, Azmin mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar 21 Jun ini.



Beliau berkata seramai 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu yang membabitkan peruntukan RM63.3 juta.