"Duduk, duduk!" jerit polis tenangkan orang awam

  • 7 years ago
Video yang tular di media sosial memaparkan sepasukan anggota keselamatan mengarahkan para pengunjung supaya duduk di atas lantai, sebagai langkah keselamatan, di sebuah bar yang terletak di Borough Market, di London.

Saat-saat cemas itu dirakam oleh seorang individu dan mereka terpaksa duduk di atas lantai bar selama 30 minit sebelum menunggu pasukan keselamatan untuk membawa kumpulan yang berada di kedai itu ke kawasan yang lebih selamat.

Di satu video yang lain, kedengaran bunyi tembakan di laluan pejalan kaki menuju ke London Bridge, berhampiran Borough Market.

Semalam, serangan ganas di London Bridge dan Borough Market menyebabkan enam orang maut dan sekurang-kurangnya 20 cedera, termasuk seorang anggota polis.

Ini serangan kedua di London selepas satu serangan berlaku di luar bangunan parlimen Britain pada Mac tahun ini.

Menurut laporan, dalam kejadian semalam, sebuah van merempuh pejalan kaki, manakala pengunjung bar dan restoran ditikam dengan pisau.

Pegawai polis terserempak dengan tiga suspek lelaki dan menembak mati mereka di Borough Market.