Patrik Schik ulangi jaringan ikonik Dennis Bergkamp

  • 7 years ago
Jaringan ikonik bintang Arsenal Dennis Bergkamp nampaknya sudah kembali semula selepas 15 tahun jaringan tersebut dihasilkan.

Pemain U.C Sampdoria, Patrik Schik berjaya menghasilkan jaringancantik menyerupai jaringan ikonik yang dilakukan Bergkamp ketika Arsenal menentang Newcastle United.

Patrik Schik mengelirukan pemain lawan dengan mencungkil bola ke atas melepasi kepalanya dan seterusnya melakukan sedikit larian sebelum menendang bola leret sebagai penyudah buat jaringan cantik tersebut.

Jaringan cantik itu terhasil dalam liga Seria A ketika U.C Sampdoria berdepan FC Crotone awal pagi kelmarin.

Category

🗞
News

Recommended