Video: Jaringan 'kelas dunia' Dybala, Juventus benam Barcelona 3-0

  • 7 years ago
Dua jaringan pemain Argentina Paulo Dybala, dianggap 'kelas dunia' ketika membantu pasukannya Juventus membenam Barcelona 3-0 pada kasi kalah mati Liga Juara-Juara Eropah kelmarin.

Jaringan Dybala pada minit ke-7 dan 21 itu mencuri perhatian peminat bola sepak dan bukan itu sahaja, gayanya meraikan jaringan tersebut turut menjadi perhatian.

Dybala dilihat meraikan gol dengan berlari sambil menutup bahagian bawah mukanya, di mana selepas kemenangan tersebut penyerang sensasi Barcelona dan juga rakan senegara Dybala, Lionel Messi mahukan beliau bermain bersama Barcelona kelak.