Krew BBC sempat rakam letusan gunung berapi Etna

  • 7 years ago
Krew media BBC dan beberapa pelancong mengalami kecederaan kecil selepas terperangkap dalam satu insiden apabila gunung berapi Etna meletus di Sicily, Itali pada 16 Mac lalu.

Aliran lava bercampur dengan wap mengakibatkan satu letupan yang besar sehingga menghamburkan ketulan batu-batu mendidih.

Kira-kira lapan orang cedera, dengan beberapa mangsa lagi dipindahkan dari gunung itu oleh pasukan penyelamat.