Video: Suasana menakjubkan penyokong rai gol kemenangan Barcelona

  • 7 years ago
Gol Sergi Roberto pada minit kelima masa kecederaan melengkapkan kebangkitan sensasi Barcelona apabila menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 6-1 pada aksi pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Suasana menjadi 'gila' selepas gol ke-6 Barcelona itu dan pengulas menobatkan perlawanan ini adalah terhebat dalam sejarah Liga Juara Eropah.

Ia adalah jaringan pertama Sergi Roberto musim ini dan juga akan diingati sebagai jaringan yang telah mencipta kebangkitan terulung dalam sejarah Liga Juara Eropah.