Video: Berlaga kepala, Torres alami kecederaan otak traumatik

  • 7 years ago
Dunia bola sepak hampir kehilangan pemain Atletico Madrid, Fernando Torres apabila beliau mengalami kecederaan serius selepas bertembung dengan pemain Deportivo La Coruna dalam perlawanan malam semalam.

Torres berlaga kepala dengan Alex Bergantinos ketika keduanya cuba merebut bola di udara pada minit ke-85 perlawanan sebelum Torres rebah dengan mukanya tersembam ke tanah.

Permainan dihentikan dengan para pemain kedua-dua pasukan cuba membantu Torres yang tidak sedarkan diri sebelum pegawai perubatan datang membantu.

Atletico mengeluarkan kenyataan bahawa Torres mengalami kecederaan otak traumatik dan kini ditempatkan di Hopsital dengan jagaan rapi.