Jet mendarat cemas kerana terlanggar rusa ketika berlepas

  • 7 years ago
Sebuah jet American Eagle terpaksa membuat pendaratan cemas selepas terlanggar seekor rusa ketika sedang berlepas di lapangan terbang Charlotte, Amerika Syarikat pada Rabu.

Bagaimanapun, pesawat itu yang membawa seramai 44 penumpang dan 4 krew penerbangan, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam laporan wsoctv, pesawat itu terpaksa mendarat cemas kerana berlaku keretakan pada bahagian sayap kanan yang mengakibatkan tumpahan minyak.