Haramkan masjid, Al-Quran kata calon PM Belanda

  • 7 years ago
Geert Wilders, tokoh politik berhaluan kanan di Belanda tetap mempertahankan kata-katanya untuk mengharamkan Al-Quran dan masjid di Belanda.

Dalam satu temu bual di stesen penyiar WNL, beliau berkata akan membebaskan Belanda dari pengaruh Islam.

Dalam temubual itu, beliau menjelaskan cara mencapai matlamat, walaupun sebahagiannya bertentangan dengan Perlembagaan Belanda berhubung kebebasan beragama.

Ditanya bagaimana mengharamkan al-Quran akan berjaya, Wilders membandingkan ia dengan tindakan kerajaan mengharamkan Mein Kampf.

Wilders juga mengulangi pendirian bahawa masjid perlu ditutup dan akan melakukannya dengan menarik balik lesen rumah ibadat itu, bukan menutup secara paksa.

Recommended