Video: Anggota JPJ masuk parit kejar pesalah

  • 7 years ago
Demi tugas dan tanggungjawab dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengalami pengalaman ngeri kerana hampir maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki terjunam masuk ke dalam parit.

Kejadian sekitar jam 6 petang itu berlaku di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Rompin, bagaimanapun kedua anggota terlibat berjaya keluar dari kenderaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah JPJ Pahang memberitahu kejadian itu berlaku kerana sebelum itu anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran sempena Tahun Baru Cina.

Katanya, anggota JPJ itu terserempak dengan dua lelaki menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dan ketika mengejar suspek sehingga melalui jalan berbatu dan ketika mengambil selekoh kenderaan tersebut gagal dikawal dan terbabas ke dalam parit di tepi jalan.

Recommended