"Tolonglah kami di Aleppo sekarang ini," cerita Aman Palestin nasib rakan di Syria

  • 7 years ago
Pengarah Medianya, Anas Abdul Wahab berkata Aman Palestin turut melancarkan dana Misi Bantuan Kemanusiaan untuk Aleppo serta Tabung Derma Kilat pada September lalu yang menyasarkan kutipan AS$5 juta (RM20 juta).

"Dengan sumbangan rakyat Malaysia itu, kami akan melakukan misi kemanusiaan hujung bulan ini di Aleppo, Syria bagi menyalurkan bantuan bekalan makanan, pakaian sejuk dan perubatan.

"Siri kekejaman rejim Bashah yang dibantu tentera Russia sudah berlanjutan hampir enam tahun sejak Mac 2011 lalu, namun semalam adalah paling teruk," katanya pada sidang media yang dimuat naik di Facebook, pada Rabu.

Dalam laporan dikeluarkan Syrian Network For Human Right (SNHR), seramai 203,097 orang awam, 23,863 kanak-kanak, 599 anggota media dan 719 kakitangan perubatan terbunuh setakat bulan lalu.