Video kereta rentung terbakar elak ular sawa melintas jalan

  • 8 years ago
Sebuah kereta musnah terbakar selepas melanggar seekor ular sawa yang melintas jalan hingga menyebabkan keretanya merempuh tebing longkang.

Unit Bantuan Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sukor Hashim berkata kejadian itu berlaku pada 8.50 pagi semalam.

Kereta Proton Pesona itu dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun terbabas ketika cuba mengelak ular sawa yang melintas jalan dan melanggar batu sempadan jalan sebelum terbakar.