Video & gambar Hospital Sultanah Aminah terbakar lagi

  • 8 years ago
Semua pekerja bangunan induk Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru diarah keluar apabila bangunan itu dipercayai mengeluarkan asap pada pukul 1.35 tengahari, lapor Bernama.

Malaysiakini difahamkan, satu lagi kebakaran berlaku di dewan bedah hospital berkenaan.

Menurut Bernama, kekecohan di bangunan induk HSA hari ini berpunca litar pintas kecil akibat wayar terdedah terkena air kerja pembersihan, kata polis.

Dalam pada itu, seluruh bangunan induk Hospital Sultan Aminah diarah tutup 24 jam bagi tujuan kawalan dan pemantauan atas arahan ketua polis Johor Bahru Selatan.

Saksi memberitahu Malaysiakini bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berada di lapangan berkenaan berjaya mengawal keadaan kira-kira pukul 2 petang.