Video: Pelajar diculik depan rumah ditemui selamat

  • 8 years ago
Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga yang dilaporkan dilarikan oleh dua lelaki dengan menaiki motosikal ditemui dalam keadann selamat selepas kira-kira tujuh jam diculik.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, Nur Darleen ditemui berjalan kaki sendirian di tepi jalan oleh orang awam berdekatan sebuah pasar raya di Kajang kira-kira 3.4 kilimoter daripada tempat beliau diculik.

Mangsa ditemui dalam keadaan terkejut dan menangis ketakutan dihantar kerumahnya dan disambut dengan tangisan kesyukuran oleh keluarga.