Rev-kan Padang Anda (SG.PETANI,KEDAH)

  • 8 years ago
Bola sepak pada era ini semakin berbeza daripada era bermain bola sepak di padang. Rev-kan Padang Anda ialah satu inisiatif untuk mengembalikan nostalgia bermain bola sepak di padang dan membangkitkan semula semangat bola sepak tersebut. Jika anda sependapat dengan kami, masa untuk mendaftarkan diri anda untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Tuan Rumah menentang pasukan All Star!

Pasukan All Star yang diterajui oleh CEO Astro Radio iaitu Jake Abdullah membariskan bekas pemain bola sepak negara dan penyampai-penyampai berbakat dari 5 buah radio stesen! Nantikan kemunculan mereka yang mungkin akan tiba di padang berhampiran anda. Inilah masanya untuk anda mendaftar! Padang terpilih akan diumumkan kemudian.

Sertai kami di padang terpilih untuk menyaksikan aksi bola sepak yang hebat dan penuh debaran! Peluang untuk memenangi pelbagai gajet yang bernilai sehingga RM10,000 di setiap padang terpilih.

Perlawanan Kedua : 14 Jun 2014 @ 2.30 petang ke atas
Perlawan Ketiga : 21 Jun 2014 @ 2.30 petang ke atas

Klik di www.revkanpadang.com.my untuk makluman lanjut...