Kepala budak tersangkut pada sofa

  • 8 years ago
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, terpaksa bergelut detik cemas apabila apabila kepalanya tersangkut pada sofa di sebuah kedai yang terletak di Tongren, wilayah Guizhou, China, pada Sabtu lalu.

Dalam insiden itu, kanak-kanak itu cuba memasukkan kepalanya ke dalam lubang yang dijumpai pada sofa mengakibatkan kepalanya tersangkut.

Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa dengan sofa tersebut terpaksa dipotong untuk mengeluarkan kepala budak berkenaan.