Anggota bomba terbunuh ketika padam pesawat Emirates terbakar

  • 8 years ago
Susulan pesawat Emirates B777 dari India membawa 300 penumpang terbabit nahas ketika mendarat di Dubai, semalam.

Sheikh Ahmed bin Saeed al-Maktoum, berkata seorang anggota bomba terbunuh ketika memadamkan kebakaran pesawat berkenaan.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Emirates Airlines itu berkata, sehingga ini tiada lagi maklumat berhubung punca kejadian itu dan semua penumpang selamat.