Video: Rafi buktikan rakyat Malaysia punyai hati dan jiwa

  • 8 years ago
Kisah seorang wanita kehilangan motosikal jenis Honda C70 miliknya di Balok,Kuantan Pahang viral di laman sosial.
Tersentap dengan kejadian itu seorang pengguna laman facebook Rafi Superbike tampil memberikan pertolongan.

Mulanya mahu memberikan motosikal lama miliknya kepada namun kerana mengetahui keperluan mendesak beliau nekad ke Kuantan menemui wanita tersebut.

Niatnya membantu wanita tersebut mendapat perhatian para pelayar internet lain yang memuji tindakannya dan mengganggap Rafi membuktikan bahawa kita rakyat Malaysia masih punyai hati dan jiwa.

Rafi menerbitkan video perjalanannya ke rumah wanita berkenaan dan membelikannya motosikal baru jenis EX5 serta sumbangan yang dikirimkan oleh netizen seluruh Malaysia.