Video #SyamsulDebat viral, AlHijrah ganda siaran

  • 8 years ago
Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenal dengan Syamsul Debat mendadak menjadi terkenal apabila video ceramahnya dalam program 'Kuliah Bual Bicara Syamsul Debat' terbitan stesen TV AlHijrah menjadi viral dilaman sosial.

Gaya ceramahnya bersahaja serta diselit lawak jenaka cukup menghiburkan dan dekat dengan hati para penonton khususnya masyarakat Melayu Islam membuatkan Syamsul Debat kini fenomena.

Oleh kerana sambutan yang begitu baik AlHijrah menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya Izelan Basar mengumumkan program tersebut digandakan siarannya daripada saekali seminggu kepada dua kali seminggu.

Kini para peminat program tersebut boleh mengikuti siaran Syamsul debat pada hari Khamis dan Jumaat yang sebelum ini hanya pada hari Rabu sahaja.