Video Jeffri 'poco-poco' tambat hati juri The Voice UK

  • 8 years ago
Rakyat Malaysia yang juga seorang penyanyi Jeffri Ramli berjaya menambat hati juri program The Voice UK.

Walaupun tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya, namun Jeffri berjaya menarik juri menari tarian 'poco-poco' bersama.

Menerusi video yang kini giat dikongsikan di media sosial, Jeffri, 35, membawakan lagu berjudul Valerie ketika siaran program disiarkan secara live pada malam Sabtu.

Penonton memberikan tepukan gemuruh atas sikap sempoi yang dipamerkan juri dan setelah selesai menari, Will.I.Am sempat memberikan pujian dengan mengatakan “awak mempunyai negara yang sangat menarik”.

Category

🗞
News

Recommended