Video ulat 'merayap-rayap' dalam ayam goreng

  • 8 years ago
Seorang pelanggan yang mahu menikmati keenakan ayam goreng di sebuah restoran bertukar 'tragedi' apabila tiba-tiba terpacul sesuatu dalam pinggan nasinya.

Setelah dikuis-kuis dengan sudu dan garfu, alangkah terkejutnya dia mendapati rupa-rupanya beberapa ekor ulat merayau-rayau.

Geramnya tidak terhingga apabila pelayan kedai itu hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja apabila ditanya. Dia hanya menyumpah haram ja***.