PAC soal Arul Kanda, media tak dibenar masuk Parlimen

  • 8 years ago
Para wartawan dan jurukamera pagi ini tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan Parlimen ketika presiden syarikat pelaburan kontroversi negara 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dijadual akan memberi keterangannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira wang Negera (PAC) hari ini.

Pihak polis yang bertugas di pintu utama Parlimen memberitahu pihak media tidak dibenarkan masuk.