Hakim angkat sumpah guna al-Quran

  • 9 years ago
Berbeza dengan hakim lain yang bersumpah dengan memegang Bible di Amerika Syarikat, seorang hakim di New York mengangkat sumpah menggunakan al-Quran, Khamis lepas.

Menurut Morocco World News, Carolyn Walker-Diallo merupakan wanita berkulit hitam yang beragama Islam, dilantik selepas memenangi pilihanraya yang diadakan bulan lepas.

Carolyn akan bertugas sebagai hakim mahkamah sivil 7th Municipal District di Brooklyn Burough Hall yang terletak di New York.

Recommended