Ringgit lemah, Proton nak naikkan harga kereta Januari depan

  • 9 years ago
Proton Holdings Bhd mungkin menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata kenaikan itu perlu untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.