Visual CCTV perisik Israel serang hospital

  • 9 years ago
Pasukan perisik Israel yang menyamar sebagai orang Arab, menyerang sebuah hospital di bandar Hebron, Tebing Barat dan menembak mati seorang penduduk Palestin dalam satu operasi untuk menahan seorang suspek kejadian tikam, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Tentera Israel mengesahkan serangan tersebut dan menyatakan bahawa mereka menahan seorang penduduk Palestin Abdallah Azzam al-Shalalda, 27, yang disyaki menikam seorang penduduk haram Yahudi berdekatan Hebron dua minggu lalu.