Suu Kyi bayangkan NLD menang p'raya Myanmar

  • 9 years ago
Pemimpin pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi membayangkan kemenangannya dalam pilihan raya negara itu, yang pertama kalinya diadakan secara bebas selepas beberapa dekad walaupun dijangka kelewatan pengumuman keputusan.

Menurut The Guardian, dalam komen pertamanya selepas pilihan raya Ahad lalu, Suu Kyi yang berucap di hadapan orang ramai yang berkumpul di ibu pejabat parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) di Yangon, mengatakan bahawa keputusan pilihan raya tidak akan diumumkan seperti yang dijangka.