10,000 ekor buaya kebuluran, harta jutawan dibeku

  • 9 years ago
Lebih 10,000 ekor buaya dijangka mati kebuluran di sebuah ladang di sini selepas aset sebuah keluarga kaya dibekukan berikutan pihak berkuasa mendakwa mereka terbabit dalam jenayah pelaburan wang haram serta pengedaran dadah.

Seorang wartawan AFP yang mengunjungi ladang seluas 30 hektar itu turut menemui tujuh ekor singa yang dalam keadaan kurus kering ditempatkan di dalam sebuah kurungan.

Ladang berkenaan yang dikenali sebagai Cocodrilos Continental terletak berhampiran bandar San Pedro Sula di San Manuel.